BANGKOK – Sebuah keluarga di Phayao, Thailand terkejut apabila menemui bangkai seekor ular berkepala dua ketika membersihkan rumah mereka, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Ketika membersihkan almari pakaian, mereka sekeluarga menemui ular itu yang bersaiz kira-kira 40 sentimeter panjang serta berwarna kuning dan hitam.
Namun, ular itu sudah mati dan berada di dalam almari pakaian.
Wilai yang merupakan salah seorang ahli keluarga tersebut, menceritakan penemuan ular itu.
Menurut Wilai, pada mulanya, ular itu kelihatan tidak bergerak.
Ia mendorongnya menggunakan kayu untuk menusuk reptilia tersebut sebelum mengesahkan bahawa ular itu telah mati.
Tidak dinyatakan spesies ular tersebut dan bagaimana ia berada di situ. – AGENSI