fbpx

Penunggang motosikal maut terbabas masuk sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabas ke dalam sungai di Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, berhampiran Taman Desa Anggerik, di sini, malam semalam. - Foto PDRM

KUALA PILAH – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas ke dalam sungai di Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, berhampiran Taman Desa Anggerik, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 malam itu, mangsa berusia 22 tahun menunggang motosikal jenis  Yamaha LC.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa dari arah Felda Lui Timur hendak menghala ke Kuala Lumpur.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam sungai. Mangsa disahkan maut oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Muhamad Mustafah lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI