fbpx

Mayat ditemui di Bangsar disahkan lelaki UK hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jordan Johnson-Doyle kali terakhir dilihat di sebuah premis hiburan di kawasan Bangsar.

KUALA LUMPUR – Mayat lelaki yang ditemui di sebuah tapak pembinaan di Bangsar Hill Park, di sini, semalam disahkan lelaki warga United KIngdom (UK) yang dilaporkan hilang sejak 27 Mei lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, perkara itu disahkan susulan pengecaman mayat yang dibuat oleh keluarga mangsa.

“Mayat telah dikenal pasti oleh ahli keluarga iaitu bapa saudara si mati berdasarkan tatu pada tubuh badan mangsa.

“Disahkan mayat tersebut adalah orang hilang yang telah dilaporkan pada 2 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, polis mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki di bahagian ruang lif sebuah bangunan dalam pembinaan di Bangsar, kira-kira pukul 4.30 petang.

Mayat lelaki tersebut telah dikeluarkan oleh pihak bomba dan dibawa ke Patologi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi proses bedah siasat.

Rusdi berkata, hasil bedah siasat mendapati, punca kematian mangsa akibat kecederaan pada dada disebabkan jatuh dari tempat tinggi.

Katanya, tiada sebarang unsur jenayah dijumpai di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Sebelum ini, seorang lelaki UK dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti mengembara secara berseorangan di ibu negara sejak 27 Mei lalu.

Mangsa, Jordan Johnson-Doyle yang berusia 25 tahun kali terakhir dilihat di sebuah premis hiburan di kawasan Bangsar.

Jordan dipercayai tiba di Malaysia pada 17 Mei selepas menjelajah beberapa negara di Asia Tenggara dan menetap sementara di sebuah residensi di sekitar Bukit Bintang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI