fbpx

Tengku Zafrul tidak wajar berada di bangku simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU ZAFRUL menggalas tanggungjawab sebagai Presiden BAM baharu menggantikan Norza. - AMIR KHALID

SHAH ALAM – Tindakan mendesak Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meletak jawatan tersebut ibarat meletakkan pemain bola sepak handalan di bangku simpanan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan, Rizwan Shah Azlan berkata, kepakaran Tengku Zafrul amat diperlukan dalam mendepani pelbagai isu termasuk ketegangan geopolitik yang menjejaskan rantaian bekalan global, ketidaktentuan pasaran komoditi dan keperluan untuk memperkukuh daya saing pelaburan negara.

“Malaysia juga sedang memperhebat usaha peralihan ekonomi berteraskan digital, teknologi hijau dan perindustrian berimpak tinggi. Sudah pasti semua pemain utama negara harus dipertaruhkan.

“Amatlah tidak wajar Tengku Zafrul didesak untuk melepaskan jawatan menteri di saat penting ini, lebih -lebih lagi dengan prestasi dan rekod pencapaian beliau yang konsisten.

“Ketika negara memerlukan barisan kabinet yang terbaik, tenaga dan kepakaran seperti yang beliau miliki tidak seharusnya diletakkan di bangku simpanan,”katanya di sini hari ini.

Rizwan Shah menegaskan, keputusan diambil Tengku Zafrul bukan sesuatu yang mudah memandangkan beliau telah bersama UMNO sejak tahun 1997.

“Sepanjang saya berkhidmat bersama beliau di Pejabat Setiausaha Politik Menteri di MITI, saya menyaksikan sendiri tahap profesionalisme, integriti, dan dedikasi yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI