fbpx

EPL: Real terpaksa bayar Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER-ARNOLD bakal menyertai Real lebih awal apabila pasukan itu masuk menyenaraikannya dalam skuad bagi menghadapi saingan Piala Dunia Kelab nanti. - AFP

LONDON – Real Madrid dilapor bersedia untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold lebih awal dan bersedia untuk melunaskan bayaran sebanyak £8.4 juta (RM47.98 juta).

Alexander-Arnold hanya akan menamatkan kontraknya di Anfield pada 30 Jun nanti, namun Real terdesak untuk mendapatkan khidmatnya lebih awal untuk mereka menambah kekuatan menjelang aksi Piala Dunia Kelab yang bermula 15 Jun nanti.

Situasi tersebut menyebabkan Real terpaksa membayar nilai perpindahan tersebut dan Liverpool juga dilapor sudah bersetuju dengan tawaran tersebut selepas pemain berusia 26 tahun itu kekal enggan meneruskan kariernya bersama pasukan itu.

Sekiranya urusan perpindahan tersebut dapat diselesaikan, Alexander Arnold bakal menerima kontrak baharu di Santiago Bernabeu selama enam tahun dan meraih pendapatan sehingga £312,000 (RM1.78 juta) seminggu.

Bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian mengenai klausa pelepasan yang akan diletakkan oleh Real bersama kontrak itu apabila nilainya dilapor bakal mencecah sehingga £1 billion (RM5.71 bilion).

“Liverpool FC mengesahkan bahawa telah menerima tawaran pembelian Trent Alexander-Arnold dari Real Madrid sebaik jendela perpindahan dibuka pada Jun ini (esok).

“Pemain pertahanan itu akan menyertai kelab La Liga berkenaan selepas kontraknya bersama The Reds berakhir pada musim panas ini. Liverpool akan menerima bayaran pembelian itu sebaik jendela perpindahan dibuka nanti,” menurut kenyataan dikeluarkan oleh Liverpool. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI