fbpx

Lelaki ‘kantoi’ memandu lebih 28 tahun tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail beberapa kereta bergerak di lebuh raya di Paris. - Foto AFP

PARIS – Seorang pemandu di Perancis dipercayai memecahkan rekod bagi tempoh paling lama memandu kenderaan tanpa lesen, insurans atau pemeriksaan teknikal yang sah, lapor laman berita Oddity Central. 

Dia didapati memandu selama lebih 28 tahun tanpa memiliki lesen.

Pada minggu lalu, polis memberhentikan sebuah kenderaan atas kesalahan tidak memperbaharui pemeriksaan kereta di Rhone.

Apabila memeriksa dokumen lain, anggota polis menyedari bahawa kenderaan itu juga tidak mempunyai insurans.

Namun, apa yang paling teruk adalah, lesen memandu lelaki itu telah dibatalkan pada tahun 1997. 

Lelaki itu dengan santai memberitahu pegawai itu bahawa lesen memandunya dibatalkan lebih 28 tahun lalu selepas ditangkap memandu di bawah pengaruh alkohol.

Dia kini akan berdepan tindakan undang-undang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI