fbpx

Gempa bumi di Panay, Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi sederhana di Panay, Filipina hari ini.

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana melanda Panay, Filipina pada pukul 8.33 pagi tadi.

Menerusi satu hantaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa sederhana tersebut dilaporkan berukuran 5.1 skala magnitud.

“Kejadian berlaku di 10 darjah utara dan 121.8 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

“Ia terjadi 113km Barat Daya dari Lloillo City, Filipina,” katanya.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI