fbpx

Warga emas maut dilanggar SUV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal yang ditunggang seorang warga emas selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan SUV berhampiran masjid Parit Bajuri di Jalan Muar - Batu Pahat pagi, semalam.

BATU PAHAT – Seorang lelaki warga emas maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan berhampiran Masjid Parit Bajuri di Jalan Muar – Batu Pahat dekat sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi ketika Hamzah Buang, 61, yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Muar ke Batu Pahat.

Katanya, sebaik tiba di Parit Baijuri, motosikal ditunggang warga emas itu telah berlanggar dengan sebuah kenderaan SUV dipandu lelaki warga tempatan berusia 46 tahun yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kejadian itu, warga emas tersebut telah mengalami kecederaan parah di kepala dan patah kaki kanan sebelum dirujuk ke HSNI untuk mendapatkan, namun disahkan meninggal dunia pukul 7.58 pagi semalam,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Ujarnya, siasatan lanjut sedang dijalankan, orang ramai yang menyaksikan dan mempunyai maklumat diharapkan dapat menyalurkannya untuk membantu siasatan.

“Pemandu kenderaan SUV berkenaan sudah berjaya dikesan dan ditahan lewat petang semalam dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI