fbpx
Tangkap layar daripada video menunjukkan warga emas didera seorang lelaki di Rasah Jaya, Seremban.

Tiga suspek dera warga emas hingga mati direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Tiga individu dipercayai terlibat dalam kes kematian seorang lelaki warga emas yang dipercayai dipukul sehingga mati di sebuah rumah di Rasah Jaya di sini petang semalam direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Yatim Osman berkata, permohonan reman terhadap tiga suspek berusia 28 sehingga 34 tahun yang mempunyai hubungan keluarga dengan mangsa dibuat di hadapan Majistret Sara Afiqah Zulkipli.

“Pihak polis memohon perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek di Mahkmah Majistret Seremban pagi ini dan dibenarkan selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 November depan,” katanya.

Mohd. Yatim berkata, kes berkenaan masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN