fbpx
Ebit Lew tidak dihalang untuk mengadakan program di Semporna. Gambar fail.

Ebit Lew tangguh bina sekolah, tidak dibenarkan teruskan bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hasrat pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew untuk membina tiga buah sekolah di sekitar kawasan perkampungan kaum bajau laut di Semporna, Sabah tidak kesampaian apabila beliau tidak lagi dibenarkan meneruskan bantuan ke kawasan itu.

Melalui perkongsian Ebit Lew di laman Facebooknya hari ini, beliau memberitahu jika meneruskan bantuan di kawasan itu, dia boleh dikenakan didenda atau penjara.

“Saya minta maaf pada penduduk di pulau-pulau di Semporna yang saya Islamkan kerana saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke pulau-pulau di Semporna dan minta diberhentikan bantuan disekitar sini (Semporna). Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun,”katanya di sini hari ini.

Tambah Ebit Lew, beliau sedih kerana sudah membeli pelbagai peralatan untuk membina sekolah tersebut termasuk mencari beberapa orang guru untuk mengajar di kawasan itu.

“Saya sudah beli kayu-kayu, saya sudah kumpul tujuh orang guru, semangat mereka nak mendidik dan menjadi sumber pendapatan mereka.

“Saya minta maaf ustaz ustazah semua.Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah macam keluarga sendiri.

“Sayang semua seperti mereka sayang saya, saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan,” luahnya.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, Ebit Lew bercadang membina tiga buah sekolah dan menyedia beberapa orang guru untuk mengajar di empat perkampungan kaum bajau laut di sekitar pulau di Semporna.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN