FARHANA aktif menghasilkan content dalam media sosial sehingga berjaya menjana pendapatan.

‘Buat duit’ bersolek depan telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGI sesetengah orang, hobi bermanfaat bukan sahaja memberikan kepuasan, malah membantu mereka menjana pendapatan sampingan.

Bagi Farhana Musa, 26, minat mendalam terhadap dunia solekan sejak di bangku sekolah telah mendorongnya untuk menjadikan aktiviti itu sebagai punca pendapatan.

Dia menjana pendapatan melalui penghasilan content atau kandungan menarik di dalam media sosial.

Berkongsi dengan K-Remaja, anak kelahiran Muar, Johor itu berkata, dia seronok apabila membaca komen-komen positif pengikut yang sukakan solekannya.

Ujar Farhana, minat terhadap solekan timbul sejak di bangku sekolah, namun dia mula serius dalam penghasilan pelbagai gaya solekan menarik ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.

“Memandangkan ketika pandemik kita semua terperangkap di rumah, saya berasa bosan dan mula memuat naik makeup look yang saya cuba.

“Pada waktu itu, saya bergelar ejen dropship bagi satu jenama produk kecantikan tempatan.

“Justeru, saya menggunakan platform yang ada untuk mempromosikan produk itu dengan menghasilkan kandungan berkaitan solekan,” katanya.

Biarpun sudah ramai bergelar pencipta kandungan dengan niche solekan, namun Farhana berjaya mengumpul pengikut tersendiri.

Hal ini kerana solekan yang dihasilkan gadis cantik itu cukup berbeza dan mempunyai karakter tersendiri.

Penggunaan warna-warna bold serta solekan dengan efek berlian pada mata dihasilkan oleh Farhana berjaya memikat hati pengikutnya yang inginkan kelainan.

Bagaimanapun, solekan tersebut masih nampak cantik dan tidak berlebihan.

Ujar Farhana, dia suka melihat hasil solekan orang lain dan akan cuba menghasilkannya dengan versi tersendiri.

Biarpun pernah rasa putus asa dan mahu berhenti menghasilkan kandungan di media sosial, namun hasrat itu terbantut selepas menyedari bahawa solekan adalah sesuatu yang cukup diminatinya.

“Pernah juga saya terfikir untuk give up dan berhenti hasilkan content selepas video tidak mencatat jumlah tontonan tinggi.

“Namun, apabila difikirkan semula, inilah minat sebenar saya.

“Jika rasa putus asa datang, saya akan selalu membaca komen-komen positif yang ditinggalkan pengikut.

“Rata-ratanya berkongsi mereka suka menonton video saya dan turut menghasilkan solekan yang saya kongsikan,” katanya yang berkhidmat sebagai eksekutif media sosial di sebuah syarikat swasta.

Dia turut berkongsi pesanan buat anak muda yang mahu menjadi pencipta kandungan solekan sepertinya supaya sentiasa go for it (buat perkara dimahukan).

“Bagi saya, menjadi pencipta kandungan adalah sesuatu yang baik kerana secara tidak langsung memberi peluang kepada kita untuk mengasah bakat terpendam.

“Bahkan, ia juga boleh membuka peluang kepada kita menjana pendapatan sampingan, lebih-lebih lagi kepada golongan pelajar.

“Apabila anda mula menjadi pencipta kandungan, percayalah ada lebih banyak peluang yang akan datang kepada anda,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN