fbpx
Yusuff melihat kerbaunya yang diikat dan ditutup mata oleh pencuri selepas dijumpai di ladang sawit Kampung Bukit Cempedak di Maran semalam.

Ikat, tutup mata angkut guna lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Kes kecurian haiwan ternakan terutama kerbau di daerah ini semakin menjadi-jadi menjelang Ramadan, sehingga menyebabkan penternak tidak dapat tidur lena.

Permintaan tinggi daripada peniaga dan peraih untuk jualan sempena Ramadan dan hari raya membuatkan kes kecurian ternakan berkenaan terus berlaku.

Seorang penternak kerbau di Kampung Bukit Cempedak, Yusuff Mat Isa, 67, berkata, sejak awal tahun sehingga kini, dia kehilangan 16 ekor kerbau dengan nilai kira-kira RM60,000.

“Hari ini (semalam) saya hampir hilang seekor lagi kerbau yang saya jumpa telah diikat dan ditutup mata. Saya percaya mereka akan datang mengambil kerbau ini pada waktu malam.

“Setiap hari saya terpaksa meronda di sekitar kawasan rayau kerbau, tetapi saya tidak dapat melakukan rondaan 24 jam, menyebabkan ada kerbau yang dicuri,” katanya semalam.

Menurutnya, modus operan­di pencuri menggunakan tembakan ubat pelali terhadap ternakan sebelum diangkut menaiki lori.

Katanya, ada juga ternakannya terkena jerat yang dipasang pencuri di dalam ladang.

“Kalau keadaan ini berterusan, saya mungkin tak mahu lagi bela kerbau dan akan menjualnya. ­Baru-baru ini pun saya sudah jual 30 ekor kerbau,” katanya.

Katanya, dia yang mula menternak kerbau sejak berusia 11 tahun kini memiliki hampir 300 ekor kerbau yang dijaga bersama anak saudaranya.

Menurutnya, kerbau mendapat permintaan yang tinggi berban­ding lembu menjelang musim ­pe­rayaan.

“Kebanyakan kerbau yang saya jual dengan berat 200 kilogram berharga kira-kira RM3,500 seekor,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN