fbpx
Keadaan sampah sarap meliputi plastik, botol air minuman dan bekas makanan yang dibuang di bahu jalan di laluan LTU Lipis-Gua Musang semalam.

Ada CCTV pun masih degil buang sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Isu pembuangan sampah di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Lipis-Gua Musang bagai tiada kesudahan apabila masih banyak plastik, botol air minuman dan bekas makanan yang dibuang di tepi jalan berkenaan.

Tinjauan Kosmo! mendapati, masalah sampah sarap yang memenuhi bahu jalan di sepanjang laluan LTU itu kembali berulang pada cuti sempena Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan ini.

Biarpun jumlah sampah sarap yang dibuang dilihat kurang berbanding sebelum ini, namun sikap sesetengah individu yang sambil lewa membuang sampah di laluan berkenaan disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Tindakan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang yang mengambil inisiatif memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi panas sepanjang laluan tersebut sejak Jun lalu nyata tidak memberi kesan.

Seorang penduduk Padang Tengku, Nor Mohamad Faizal Osman, 38, berkata, sebagai penduduk tempatan dia menzahirkan rasa kecewa dengan masalah sampah sarap di bahu jalan di laluan berkenaan yang berterusan berlaku terutama ketika musim perayaan.

“Walaupun sudah banyak kali diperkatakan di media sosial dan disiarkan di akhbar tentang isu pembuangan sampah di LTU, namun ia seperti tidak memberi kesan kepada pengguna jalan raya.

“Ini kerana, mereka seolah-olah memandang ringan isu kebersihan alam sekitar dan dikhuatiri akan berlaku sampai bila-bila jika tidak ada tindakan yang lebih tegas diambil bagi mengatasi masalah ini,” katanya di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Nor Syazwani Shamsuddin, 35, berkata, walaupun LTU Lipis-Gua Musang tidak dilengkapi dengan hentian rehat dan rawat, namun itu bukan alasan untuk pengguna jalan raya membuang sampah di merata-rata tempat.

“Jika sudah tahu hendak membuat perjalanan yang jauh apa salahnya simpan dalam plastik sendiri sampah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN