fbpx
Prestasi pasukan pelapis negara sepanjang tahun ini tidak ‘selari’ dengan kejayaan Harimau Malaya yang berjaya memenangi Pestabola Merdeka 2024 pada September lalu.

Mana pelapis Harimau Malaya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MASA depan bola sepak negara semakin kelam? Itu persoalan yang timbul dalam fikiran peminat sukan No. 1 tanah air selepas menyaksikan rentetan kegagalan skuad pelapis negara di pentas antarabangsa pada tahun ini.

Bermula dengan saingan Piala Asia B-23 2024 di Qatar pada April lalu, skuad B-23 negara seperti diduga menjadi pasukan pelengkap jadual apabila berada di kedudukan tercorot Kumpulan D.

Kemudian pada aksi kelayakan Piala Asia B-20 2025 pada September lepas, skuad B-19 negara pula gagal menepati ramalan untuk lolos ke pusingan akhir yang akan berlangsung di China tahun depan.

Prestasi hambar skuad pelapis negara pada tahun ini dilengkapkan dengan skuad B-16 negara yang turut gagal melepasi peringkat kelayakan Piala Asia B-17 2025 pada bulan lalu.

Situasi ini sudah tentu merisaukan peminat bola sepak tanah air kerana ketika skuad senior Harimau Malaya cuba untuk menunjukkan peningkatan di pentas antarabangsa, pasukan pelapis gagal melakukan perkara yang sama.

Pemerhati sukan tanah air, Datuk Dr. Pekan Ramli menegaskan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu segera mencari solusi terbaik agar pemain-pemain muda negara tidak ‘hanyut’ hingga bakat mereka disia-siakan.

Menurut beliau, badan induk bola sepak negara itu juga perlu aktif dengan mencari pemain-pemain pelapis di luar daerah kerana mungkin ada dalam kalangan mereka yang memiliki kualiti lebih bagus berbanding yang berada dalam sistem akademi.

“Apa yang berlaku ketika ini sudah tentu agak merisaukan kerana pasukan pelapis kita agak lemah di peringkat antarabngsa selain tewas kepada negara-negara serantau.

“FAM perlu selidik semula di mana kesilapan sama ada tahap fizikal atau kecergasan pemain-pemain ini tidak mencapai piawaian atau taktikal jurulatih yang tidak jelas,” katanya.

Susulan itu, Pekan berharap FAM menjadikan tahun 2025 sebagai medan untuk martabatkan kembali pasukan pelapis negara agar kembali digeruni khususnya di peringkat serantau.

“Saya percaya peminat mahu aspek pembangunan dititikberatkan pada tahun depan kerana pemain-pemain ini yang akan menjadi pelapis Harimau Malaya nanti.

“Mereka tidak boleh harapkan pemain naturalisasi atau warisan sahaja kerana itu semua pelan jangka pendek dan perlu fikir langkah lima tahun ke hadapan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donnell percaya ketiadaan liga kompetitif di peringkat akar umbi menjadi salah satu punca prestasi pemain remaja negara semakin merudum.

“Jujur saya katakan kita akan terus bergelut untuk layak ke Piala Asia B-17 pada masa depan jika tidak mempunyai platform buat pemain-pemain remaja bermain aksi kompetitif secara tetap.

“Pemain muda perlu mendapatkan pengalaman bermain di bawah tekanan untuk bantu mereka membuat persediaan lebih baik di pentas antarabangsa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN