fbpx
SEDARKAH kita, ketika semua sedang tidur dan berseronok terdapat 137,574 pegawai dan anggota polis bertugas tanpa mengira lelah demi keselamatan dan kesejahteraan negara. - GAMBAR HIASAN

Maki seorang ada 137,000 lagi terasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VIDEO tular pada Rabu lalu mengenai anggota polis trafik yang dimaki berbakul-bakul oleh seorang pemuda, bukan sahaja tidak menggambarkan adat masyarakat timur, malah membuatkan orang awam turut merasa sakit hati.

Melihatkan kepada video itu, perkataan kesat seakan sudah biasa meniti di bibir penganggur berusia 25 tahun tersebut kerana dari awal hingga akhir asyik memaki hamun kerana geram dikenakan saman.

Bagaimanapun, satu lagi video ketika dia ditangkap dan ditahan reman memperlihatkan sikapnya yang berlainan apabila menangis dan mengesat air mata dengan tangan bergari.

Sedarkah kita, ketika semua sedang tidur dan berseronok dengan kawan atau keluarga, terdapat 137,574 pegawai dan anggota polis bertugas tanpa mengira lelah demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

Mereka melakukan pelbagai penugasan daripada kerja tradisional kepolisan sehinggalah Pasukan Gerakan Am yang melakukan pencegahan kemasukan pendatang asing tanpa izin.

Walaupun polis tidak keseorangan mengawal keselamatan, itu tidak boleh dijadikan alasan untuk orang awam memaki hamun secara berdepan kerana selain menjalankan tugas, mereka juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Berdasarkan penugasan itu, boleh kita simpulkan bahawa kerja kepolisan itu memerlukan kerjasama dan apabila seorang dimaki, ia ibarat memaki seluruh ahli pasukannya.

Polis yang matang tidak sewenang-wenangnya mencari kesalahan atau menyusahkan orang awam sekiranya kita tidak melanggar undang-undang. Banyak lagi kerja yang mereka boleh lakukan.

Kalau tidak puas hati dengan keterangan kesalahan atau merasakan dianiaya, berlambak lagi saluran yang ada untuk kita membuat laporan mengenai salah laku anggota pasukan keselamatan.

Bukankah itu lebih berhemah dan selamat?

Kalau mahu maki hamun sekali pun, jeritlah ketika bersendirian di dalam kereta atau ketika menunggang motosikal di atas lebuh raya kerana tiada seorang pun yang dapat mendengar atau merakamnya. Hati pun boleh lega.

Bukankah kita sudah diajar supaya sentiasa melihat kesalahan diri dahulu sebelum menyalahkan orang lain di atas apa yang terjadi. Jika kamu tidak melakukan silap, mana mungkin anggota trafik itu mahu mengeluarkan saman.

Apapun, kita pasti pemuda tersebut sudah menyesal dengan perbuatannya kerana selain mendapat malu, dia juga terpaksa turun naik mahkamah kerana kes yang dihadapinya.

Beberapa hari selepas dia menjadi ‘popular’, dia didakwa di Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan mengaibkan kehormatan anggota itu dengan menyebut perkataan kesat membawa maksud supaya ia dapat didengar dan mengganggu kesantunan.

Walaupun dia mengaku tidak bersalah, pasti ada sesuatu yang dapat dipelajari supaya tidak mengulanginya pada masa hadapan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN