fbpx
MOHD. AZRULDIN menjelaskan dia mendermakan sebelah buah pinggang kepada abangnya secara rela hati pada 2018.

Rela derma organ lihat abang pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Saya tidak pernah menyesal, malah rasa gembira bila dapat membantu abang meneruskan kehidupan seperti biasa.”

Itu kata-kata yang diungkapkan peniaga, Mohd. Azruldin Ali, 39, yang tekad untuk mendermakan sebelah buah pinggang miliknya kepada abang sulung, Mazlan, 46, pada 2018.

Mohd. Azruldin berkata, walaupun dia mengetahui risiko yang bakal dihadapinya, namun dia secara sukarela berkongsi organ itu dengan adik-beradiknya.

“Saya membuat keputusan itu selepas mendapat tahu saya layak untuk menderma. Abang tidak pernah meminta saya berbuat demikian, ini keputusan saya sendiri.

“Sebagai adik, menjadi kewajipan untuk membantu abang kandung yang berada dalam ke­susahan dan menderita sakit,” katanya kepada Kosmo!.

Tambah lelaki itu, dia tidak mendapat tentangan daripada mana-mana pihak, malah mendapat sokongan padu isteri.

“Keluarga memang terkejut, tetapi mereka tetap menyokong. Anak dan isteri pun sama, demi kebaikan abang.

“Setakat ini Alhamdulillah, saya tiada menghadapi apa-apa masalah kesihatan. Dapat bersukan seperti biasa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN