fbpx
Johari (atas, kiri) ketika mendengar input penambaikan institusi legislatif di Kompleks DUN Perlis, Kangar hari ini.

Gemar ‘berhujah’ di media sosial tapi ponteng Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Ahli Parlimen yang tidak menghadiri sesi persidangan Dewan Rakyat, namun bertindak memberi ‘hujahan’ di media sosial sesuka hati akan dikenakan tindakan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, pihaknya sedang memantau perkara itu memandangkan terdapat sebilangan Ahli Parlimen yang dikenal pasti berdegar-degar membahaskan sesuatu isu di media media sosial walaupun tidak hadir persidangan.

“Saya kecewa dengan perkembangan itu memandangkan tindakan tersebut dapat menimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat.

“Saya tahu ada Ahli Parlimen masa perbahasan isu tertentu dia tak ada tetapi dia ulas macam seolah-olah berada di Dewan Rakyat dan cakap mengenai isu itu,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini hari ini.

Kata beliau, tindakan akan dikenakan mengikut akta berkaitan.

Tambahnya, beliau tidak mahu Parlimen digunakan sebagai medan untuk tujuan politik kerana Dewan Rakyat ialah untuk agenda rakyat.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, kata beliau, Parlimen akan mengesyorkan agar setiap Speaker DUN diberikan peruntukan atau token khas untuk melaksanakan program di DUN masing-masing.

Menurutnya, cadangan itu akan dikemukakan pada Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN
Se-Malaysia pada September depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN