fbpx
Shahrizan lega apabila anaknya, Nur Aina Faqihah telah ditemui selepas hilang sejak 15 Julai lalu di Bentong.

Anak tidak seriang dahulu selepas pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Seorang lelaki bersyukur apabila anaknya yang hilang sejak 15 Julai lalu ditemui dalam keadaan selamat selepas berita mengenainya disiarkan melalui akhbar ini.

Shahrizan Mohd. Daud, 44, berkata, anaknya Nur Aina Faqihah, 17, ditemui oleh orang awam pada pukul 2.30 petang di Stesen Bas Triang, Bera sebelum dibawa ke balai polis berhampiran.

Katanya, anak ketika daripada tujuh beradik itu tiba di rumah di Felda Lurah Bilut pada pukul 11 malam semalam selepas memberi keterangan kepada polis.

“Ketika ini dia banyak mendiamkan diri kemungkinan ke­rana kepenatan. Saya pun tidak mahu bertanya banyak kerana hendak beri dia berehat selepas lebih seminggu hilang.

“Semasa saya menerima gambarnya di stesen bas itu saya seakan tidak kenal kerana dia kelihatan agak serabut kera­na sudah lama menghilangkan diri,” katanya.

Baru-baru ini Kosmo! me­laporkan kes orang hilang semakin menjadi-jadi apabila tiga lagi kejadian terbaharu membabitkan tiga remaja pe­rempuan berlaku di Petaling Jaya, Sungai Petani, Kedah dan Bentong, Pahang.

Menurut Shahrizan, anak­nya menumpang di rumah rakan-rakan perempuannya di beberapa tempat bermula di Raub dan terakhir di Bera.

Tambahnya, akibat daripada penularan berita itu menyebabkan rakan-rakannya ­berasa takut dan meminta mangsa pulang ke rumahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN