fbpx
MOHD. ADHWA menunjukkan salah seekor ular tedung selar yang ditangkap ketika ditemui di Taman Tasik YDP Slim River, Tanjung Malim semalam.

Cekap tak pernah dipatuk ular tedung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Kecekapan dan sentiasa fokus membuatkan seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Muallim di sini, belum pernah dipatuk atau disembur bisa ular tedung sepanjang terlibat dengan tugas menangkap reptilia berkenaan.

Sarjan Mohd. Adhwa Abdul Razak, 33, berkata, dia telah terlibat dalam lebih 500 ope­rasi menangkap ular berkenaan sejak 2013.

Dia yang mesra dengan panggilan Acong berkata, ular berkenaan sememangnya agresif melindungi dirinya dan akan keluar dari sarang tidak mengira cuaca panas atau lembab untuk mencari
tikus.

“Ada peningkatan kes ular tedung selar masuk rumah, taman perumahan dan ladang tanaman komersial kerana ia dahulu merupakan habitat semula jadinya.

“Dalam sebulan tidak kurang 30 kes yang kami terima. Ular yang ditangkap akan diserahkan kepada Perhilitan Perak,” katanya ketika ditemui di pada program Fun Ride by Kayah 2024 di Taman Tasik YDP Slim River di sini semalam.

Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak ­Yatim dan Maahad Tahfiz Baitul Al Hilmi Malaysia itu melibatkan lebih 200 peserta.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengasas Pertubuhan Baitul Al-Hilmi, Datuk Dr. Ahmad Faris Abdul Halim berkata, program itu bertujuan mengumpul dana dan membudayakan kehidupan sihat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN