fbpx

Penyeludup tinggal lori bawa rokok bernilai lebih RM813,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Jamal Abdul Salam (tengah) menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas pada sidang akhbar di Pejabat Operasi Cawangan Penguat Kuasa JKDM Rantau Panjang, Rantau Panjang hari ini. Foto oleh ROHANA ISMAIL/ KOSMO!

RANTAU PANJANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menjumpai sebuah lori membawa sebanyak 860,000 batang rokok seludup bernilai RM813,560 termasuk cukai ditinggalkan di Kampung Dalam, Tumpat pada Sabtu lalu.

Serbuan di sebuah kawasan terpencil di kampung itu dijalankan kira-kira pukul 6.30 pagi.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, pemeriksaan terhadap lori itu mendapati ia ditinggalkan dalam keadaan berkunci di kawasan tersebut.

Menurutnya, siasatan lanjut di dalam lori itu kemudiannya menjumpai sebanyak 860,000 batang rokok seludup bernilai RM236,500 dengan cukai sebanyak RM577,060.

“Sindiket penyeludupan dipercayai mengguna taktik dengan meninggalkan lori berisi rokok di kawasan terpencil sebelum lori terbabit dibawa oleh sindiket lain.

“Siasatan lanjut mendapati, rokok-rokok seludup itu akan dijual untuk pasaran di sekitar Kelantan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Operasi Cawangan Penguat Kuasa JKDM Rantau Panjang di sini, hari ini.

Menurut Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, siasatan masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti sama ada rokok itu dibawa masuk melalui pangkalan haram di sekitar daerah ini atau luar Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI