fbpx
Gambar hiasan.

Pesta automotif Sime Darby Motors himpun tiga acara menarik mulai Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sime Darby Motors bakal mengambil alih KL BASE yang akan berlangsung di Kuala Lumpur hujung minggu ini dari 7 hingga 9 Jun ini dengan mengetengahkan tiga acara luar biasa dalam satu lokasi.

Program tersebut adalah Pesta Automotif Auto Bavaria, Auto Fest dan Karnival Kereta Terpakai Auto Selection & Pesta EV Pramilik Sime Darby Motors yang menjanjikan pengalaman menarik kepada para pengunjungnya.

Pengarah Urusan Sime Darby Motors Asia Tenggara, Jeffrey Gan berkata, pihaknya teruja untuk menghimpunkan orang ramai menyertai pelbagai aktiviti dan menikmati pengalaman automotif yang luas di bawah satu bumbung dengan tiga acara menarik ini. 

Menurutnya, barisan kenderaan yang diperagakan menawarkan sesuatu untuk semua, baik yang mencari kenderaan baharu, kereta terpakai bermutu tinggi ataupun kenderaan elektrik mesra alam. 

“Kami menjemput semua peminat automotif dan seisi keluarga untuk mengunjungi kami di KL Base pada hujung munggu ini bagi menyertai pesta automotif yang pasti tidak dapat dilupakan,” katanya dalam kenyataan di sini.

 Pesta Automotif Auto Bavaria adalah pameran luar biasa yang memperlihatkan keunggulan automotif Jerman dengan menampilkan jenama ikonik BMW, MINI dan BMW Motorrad. 

“Pengunjung pesta boleh menantikan pelbagai aktiviti menarik dan tawaran eksklusif, termasuk rebat tunai sehingga RM100,000 dan penyelesaian pembiayaan terkhusus bagi memudahkan pelanggan untuk memiliki kereta impian mereka. 

“Tambahan lagi, harga tukar beli yang berpatutan akan ditawarkan untuk membolehkan pelanggan mendapatkan nilai terbaik untuk kenderaan semasa mereka,” jelasnya.

Selain itu, AutoFest pula menawarkan pandu uji bersama pembimbing untuk membolehkan pengunjung menikmati keseronokan memandu kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad di bawah bimbingan pakar, termasuk pandu uji eksklusif untuk BMW CE04 dan BMW CE02. 

Turut diadakan adalah Karnival Kereta Terpakai Auto Selection & Pesta EV Pramilik Sime Darby Motors Pertama bakal menjadi  salah satu Karnival Kereta Terpakai terbesar di Malaysia.

Acara ini memperagakan pilihan kereta terpakai daripada berbilang jenama yang mengagumkan, menawarkan rebat menarik dan penjimatan tiada tandingan kepada pelanggan. 

“Pelanggan boleh memanfaatkan nilai tukar beli yang berdaya saing, memastikan mereka dapat memaksimumkan nilai kenderaan sedia ada mereka,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN