fbpx
Sebahagian peserta TT Truck Fighter yang menyertai program itu di Putrajaya hari ini.

TT Truck Fighter perkukuh kerjasama automotif tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Program TT Truck Fighter yang menghimpunkan peminat kenderaan pacuan empat roda (4WD) dilihat menjadi platform terbaik dalam memperkukuh jaringan kerjasama dalam komuniti automotif tempatan.

Menurut penganjur program, Zaki GM Garage Sdn. Bhd., program seumpama itu bukan sahaja mengeratkan hubungan dalam komuniti 4WD, malah membolehkan industri automotif tempatan diperluas ke peringkat antarabangsa.

“Program hari ini ialah sebagai ‘pemanas badan’ sebelum acara utama yang bakal menghimpunkan lebih 2,000 pemilik 4WD diadakan pada Jun depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps). Program ini dimulakan dengan konvoi di Putrajaya selain sesi perkongsian pengalaman berkaitan 4WD selain kuiz automotif dan demonstrasi keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Untuk rekod, komuniti pemilik 4WD dari seluruh negara dijangka berhimpun dalam acara berskala besar menerusi penganjuran Event Truck Fighter & Meet Show 2.0 di Maeps, Serdang pada 20 Jun depan

Katanya, program itu juga bakal disertai beberapa organisasi komuniti 4WD dari Thailand dan Singapura. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN