fbpx
Hantaran seorang pengguna Thread yang mendapat reaksi pihak PLKN3.0.

Ingatkan nombor ‘scammer’, rupa-rupanya panggilan PLKN3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang gadis tidak menyangka panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali yang dianggap ‘scammer’, rupa-rupanya adalah talian khusus Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.

Menerusi hantaran seorang pengguna Thread, gadis itu menunjukkan tangkap layar nombor telefon 03-40133604 yang diterimanya, namun ia tidak dijawab.

“Hari tu ada orang post (muat naik hantaran) Thread pasal (berkenaan) nombor 03 tu call (hubungi). Kali ini kena kat diri sendiri,” kongsinya.

Perkongsian itu kemudian mendapat reaksi daripada akaun rasmi PLKN3.0 yang memaklumkan nombor telefon tersebut merupakan satu daripada talian khusus untuk program tersebut.

“Kita bukan scammer la awak. Saya start (mula) balik eh. Assalamualaikum kami dari PLKN. Nama awak tersenarai untuk menyertai PLKN. Nak tanya, awak dah buat semakan dalam sistem ke?

“Atau awak pernah daftar sebagai sukarela sebelum ini? Nanti kalau nombor ini panggil lagi angkat okey, kita sambung borak,” katanya.

Gadis itu kemudian membalas komen daripada pihak PLKN.

“Tiga, empat tahun saya merayu nak masuk. Alhamdulillah,” katanya.

Dalam masa sama, akaun Thread PLKN3.0 turut berkongsi nombor Bahagian Unit Pelatih untuk semakan orang ramai bagi program PLKN3.0 iaitu 03-40133611, 03-40133612, 03-40133613, 03-40133614, 03-40133603, 03-40133604 dan 03-40133626.

PLKN3.0 turut berkongsi nombor Bahagian Unit Pelatih untuk semakan orang ramai bagi program PLKN3.0.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respons termasuk seorang pengguna Thread yang juga kakitangan di JLKN.

“Wei, baru perasan! Ni nombor jabatan kami, bukan scammer lah,” kata pengguna Thread @Lamhadam.

“Haha, kelakarnya bila PLKN sendiri mengaku tu nombor dia! Jadi persoalannya, awak panggil balik tak lepas dah tahu nama tersenarai tu,” komen @Dianamohdz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN