fbpx
JIM Kedah menghantar pulang 144 PATI pelbagai warganegara ke negara asal masing-masing melalui KLIA, semalam. - Foto JIM Kedah

144 PATI dihantar pulang ke negara asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIK – Seramai 144 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dihantar pulang ke negara asal masing-masing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Kesemua PATI yang dipindahkan terdiri daripada 111 lelaki, 32 wanita dan seorang kanak-kanak lelaki dari Myanmar, Bangladesh, China, Nepal, Kenya, Vietnam, Pakistan, India, Kemboja dan Sri Lanka.

Menurut Jabatan Imigresen (JIM) Kedah, paling ramai dihantar pulang ialah warga Myanmar seramai 76 orang, diikuti China (31) dan Bangladesh (18).

“Selain itu, PATI yang terlibat terdiri daripada warga Pakistan (5), Kemboja (5), Kenya (2), Vietnam (2), India (2), Nepal (2) dan Sri Lanka (1),” katanya.

Katanya, kesemua PATI terbabit sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Belantik, di sini.

“Tahanan yang terlibat telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Ia termasuk memasuki negara ini tanpa pas atau permit yang sah serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua mereka telah selesai menjalani hukuman yang diperuntukkan mengikut undang-undang sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

“Sebagai langkah penguatkuasaan berterusan, kesemua PATI yang terlibat turut disenarai hitam dalam sistem JIM bagi menghalang kemasukan semula ke negara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN