SAUDARA PENGARANG,
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh peminatnya. Buktinya, World Trade Centre sentiasa sesak dengan manusia sepanjang program yang berlangsung selama dua minggu itu.
Saya ingatkan pergi ketika hari bekerja akan senang mendapat parking rupa-rupanya sama sahaja seperti hari cuti dan hujung minggu. Sentiasa penuh.
Punyalah ramai orang yang ‘gila’ mahu ke sana dan ini menunjukkan perniagaan buku masih lagi mendapat tempat di sebalik ledakan teknologi.
Setiap tingkat penuh dengan buku dan penjual berlumba-lumba membuat promosi menarik untuk melariskan jualan.
Ada yang jual lima buku RM100, meet & greet, beli satu percuma satu dan macam-macam lagi. Lebih menarik, jodoh pun sama banyak dengan promosi buku.
Kalau pandai dan ada rezeki, boleh jumpa jodoh sekufu di situ. Kepada yang bawa anak kecil, diminta supaya sentiasa ada dengan mereka supaya tidak hilang.
Terasa berbaloi untuk membelanjakan wang di sini kerana buku merupakan benda yang kekal dan boleh dibaca pada bila-bila masa.
Ulat buku,
Sentul, Kuala Lumpur














