Napisah (kiri) dan anaknya Norhalina menunjukkan rakaman video kereta dinaiki mereka dilarikan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Semambu, Kuantan kelmarin.

Saya tak kunci kerana fikir tempat itu selamat – Pemilik Honda City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Pemilik Honda City yang dilarikan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Se­mambu di sini kelmarin lega apabila mendapati ibunya selamat ketika dilarikan bersama kereta yang dibeli sejak 2021 itu.

Norharlina Mohamed, 38, berkata, dia hanya memikirkan tentang keselamatan ibunya, Napisah Mohamad, 68.

Bercerita tentang kejadian yang berlaku pada sekitar pukul 3.10 petang itu, Norharlina ber­kata, ketika itu dia sedang memerhatikan bapanya, Mohamed Halim, 77, yang baru keluar dari tandas sebelum dia terde­ngar jeritan Napisah memanggil namanya.

“Saya sedang perhatikan ayah keluar tandas dan secara tiba-tiba saya dengar emak menjerit panggil nama saya sebelum saya nampak kereta dilarikan bersama ibu.

“Ketika itu saya tidak terfikir apa-apa melainkan berharap emak saya selamat sebelum saya melambai-lambaikan tangan dan menjerit meminta tolong orang sekeliling,” katanya.

Tambahnya, terdapat beberapa individu yang tampil membantu dengan mengejar kereta­nya, namun gagal ekoran kenderaan mereka terhalang.

“Saya lega dan bersyukur emak selamat selepas ditemui kira-kira dalam 400 meter sahaja dari stesen minyak itu. Saya cuma bimbang jika emak diapa-apakan,” katanya.

Keluarga itu dalam perjalanan pulang ke Sentul, Kuala Lumpur, selepas menghantar anak sau­daranya ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini.

“Kami dari Kelantan untuk ke kenduri dan sebelum pulang, kami singgah Kuantan untuk hantar anak saudara ke MRSM.

“Stesen minyak itu hentian terakhir kami,” katanya.

Ujar Norharlina, dia tidak kunci kereta kerana merasakan keadaan ketika itu selamat.

“Tapi mungkin perkara hendak terjadi. Saya harap kereta saya dapat ditemui segera,” katanya memberitahu mereka sekeluarga kini menumpang di rumah bapa saudaranya di Taman Tas sebelum pulang ke ­Kuala Lumpur hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN