fbpx
Sulaiman menunjukkan parit di belakang rumahnya yang sepatutnya diselenggara dengan baik bagi mengatasi banjir di Lorong Dua, Kampung Baru, Kluang semalam.

‘Setiap kali hujan, kampung kami pasti banjir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Tujuh keluarga yang tinggal di Lorong Dua, Kampung Baru, di sini mempersoalkan tindakan pihak berkuasa dalam mengatasi masalah banjir di kawasan kediaman mereka.

Malah, banjir yang berlaku dianggap perkara remeh walaupun beberapa siri lawatan telah dilakukan oleh pihak-pihak berkaitan sebelum menabur janji untuk mengatasi masalah itu.

Penduduk kampung, Sulaiman Muhammad, 55, berkata, secara hakikatnya masalah banjir di Lorong Dua, Kampung Baru ini amat mudah diselesaikan, namun tidak tahu di mana silapnya sehingga menyebabkannya berlarutan dari tahun ke tahun.

Katanya, punca utama adalah kegagalan menyelenggara parit yang memisahkan dua taman perumahan di bahagian atas serta membetulkan aliran air pada kolam tebatan banjir.

“Jika dilakukan dua perkara ini, kami yakin banjir tidak akan berlaku lagi kerana apabila parit sudah berfungsi, ia akan me­ngalirkan air dengan baik ke arah yang sepatutnya,” ­katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Sulaiman, penduduk tidak mengharapkan apa-apa kecuali kerja-kerja me­ngatasi masalah banjir itu dapat segera dilakukan kerana mereka tidak sanggup lagi untuk menghadapinya setiap kali musim tengkujuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN