PUTRAJAYA – Cadangan dan mekanisme penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan kini dalam peringkat penelitian akhir sebelum dibentangkan kepada di peringkat Kabinet dalam masa terdekat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu perlu dirujuk kepada Kabinet terlebih dahulu sama ada menerusi nota Kabinet atau memorandum jemaah menteri.
“Saya harap dalam waktu terdekat kita akan dapat umum perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Laporan Tahunan Clinical Research Malaysia (CRM) 2023, di sini petang tadi.
Katanya, cadangan penubuhan suruhanjaya itu telah diangkat sebagai satu pembaharuan dalam manifesto pilihan raya umum lalu dan pastinya akan direalisasikan sementara butirannya belum dapat didedahkan. – KOSMO! ONLINE