fbpx
Siew Ki

“Saya hanya bawa isu rakyat di DUN” – Siew Ki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan cadangannya supaya penternakan babi secara moden dibenarkan di Selangor adalah mewakili suara sebahagian rakyat negeri ini.

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat yang dipilih, menjadi tanggungjawabnya membawa isu berkaitan kepentingan rakyat untuk dibahaskan di Dewan Negeri Selangor (DNS).

“Ia adalah tanggungjawab saya menjadi ADUN. Jadi, kita bawa apa-apa isu yang berkaitan rakyat (ke sidang DUN),” katanya ketika ditemui di lobi DUN Selangor, hari ini.

Siew Ki dari DAP berkata, beliau bersedia menerima sebarang tindakan termasuk dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DNS susulan kenyataannya itu.

“Apa yang saya nak cakap itu, saya sudah cakap dalam dewan. Yang lain itu bukan tanggungjawab saya. Jadi saya tidak mahu komen lebih lanjut berhubung isu ini,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan Siew Ki ketika perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memohon pertimbangan supaya penternakan babi dibenarkan di Selangor.

Katanya, penternakan babi sepatutnya tidak dibezakan dengan penternakan haiwan lain kerana haiwan lain juga menghasilkan risiko pencemaran dan kesihatan yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN