fbpx
MUHAMMAD HARIS FADHILAH menunjukkan martabak berbentuk segi empat tepat dan berisi padat di gerainya di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut kelmarin.

Martabak segi empat tepat laris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang peniaga tidak menyangka inisiatifnya menggunakan acuan khas bagi memastikan martabak jualannya benar-benar berbentuk segi empat tepat menyebabkan jualannya laris sejak 1 Ramadan lalu.

Muhammad Haris Fadhilah Hassan, 30, berkata, gerainya di Kampung Pengkalan Nyireh di sini dikerumuni ramai sehingga lebih 300 biji martabak terjual setiap hari.

“Sepanjang Ramadan, le­bih 300 biji martabak habis dijual dalam tempoh tidak sampai dua jam selepas gerai dibuka pada pukul 4 petang.

“Disebabkan sambutan hangat itu, saya terpaksa mengehadkan empat biji martabak sahaja boleh dibeli seorang pelanggan setiap hari,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Muhammad Haris Fadhilah berkata, dia menggunakan acuan khas tersebut bagi memastikan martabak benar-benar berbentuk segi empat tepat dan berisi padat.

Menurutnya, acuan tersebut membolehkan setiap martabak jualannya tebal bersaiz 2.54 sentimeter.

“Martabak biasa dijual pada harga RM5 sebiji, saiz jumbo (RM8) dan keju mozzarella (RM9).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN