fbpx
ENERGY STICK bersaiz seperti pemetik api dijual dengan pelbagai perisa pada harga serendah RM2.50 hingga RM10 seunit sebelum ini.

Peniaga ‘energy stick‘ lenyap dalam e-dagang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penjualan produk penyedut hidung atau dikenali energy stick yang sebelum ini menjadi pertikaian dalam kalangan masyarakat selain mendapat perhatian serius pihak berkuasa yang bimbang akan kesannya kini ­dilihat ­semakin sepi.

Hasil tinjauan Kosmo! di platform e-dagang mendapati, tiada lagi iklan berkaitan jualan energy stick dipromosikan kepada pengguna sama ada jualan dari dalam atau luar negara.

Malah, hasil carian juga mendapati tiada lagi penggunaan nama energy stick.

Jika sebelum ini beberapa platform e-dagang rancak mempromosikan produk tersebut dengan menggunakan ‘tagline’ ‘Hisap dahulu, baru ke sekolah’, Hisap-hisap anda lega, hisap-hisap anda bertenaga’ dan ‘Ambil masa untuk rehat, sedut dan cergas ke sekolah’ bagi menarik minat pengguna.

Produk yang dijual serendah RM2.50 sehingga RM10 seunit itu dikatakan mampu memberi kelegaan serta membantu me­ningkatkan tenaga selain berkesan dalam merawat masalah selesema dan resdung.

Namun, selepas barangan itu menjadi perhatian Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Komunikasi, para penjual energy stick dilihat mula ‘menghilangkan diri’ dipercayai kerana bimbang ditahan ekoran menjual produk larangan.

Bagaimanapun, semakan ­Kosmo! di medium media sosial yang lain, masih terdapat beberapa peniaga yang menjual penyedut hidung tersebut, namun tidak seaktif sebelum ini dengan kurang dari lima produk terjual sehari.

Malah, ia juga hanya dijual dari pembekal luar negara sahaja.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, ­energy stick adalah produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) seperti peruntukan undang-undang di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

Katanya, penjualan produk kesihatan yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta boleh didenda sehingga RM50,000.

Sehubungan itu, Muhammad Radzi berkata, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan dijalankan ke atas penjual yang dikesan menjual produk ­tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN