fbpx
Fadzly (kanan) bersama Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (empat dari kanan) dalam satu majlis di Hotel Tenera di Bangi baru-baru ini.

Hotel Tenera berjaya tambat hati pelanggan setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Selepas pandemik, industri perhotelan kini semakin berkembang maju tambahan pula dengan pembukaan beberapa hotel baharu bertaraf lima bintang yang mampu menarik lebih ramai pelancong asing ke Malaysia selain memenuhi keperluan percutian pelancong domestik.

Jika tumpuan banyak di tengah kota raya, tetapi masih terdapat banyak hotel di lokasi strategik di luar Kuala Lumpur yang popular dalam kalangan masyarakat dan pelanggan setianya malah menjadi tumpuan untuk pelbagai jenis majlis.

Salah sebuahnya adalah Hotel Tenera di Bangi, Selangor yang memiliki tarikan dan keunikannya tersendiri dalam kalangan peminat, pelanggan yang terdiri daripada sektor awam dan swasta serta juga daripada pelancong luar Lembah Klang.

Hotel mesra muslim, milik Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) itu memiliki 500 bilik, 10 bilik seminar dan sebuah dewan besar serta tiba buah kolam renang yang memenuhi keperluan muslimah.

Menurut Pengurus Besarnya, Fadzly Hamzah, masih terdapat keunikan dan ciri-ciri yang tersendiri yang terdapat pada hotel ini sehingga mampu menambat hati pelanggan setianya sejak ia mula dibuka enam tahun lalu sehingga sekarang.

“Kami optimistik untuk melihat hotel ini pergi lebih jauh pada masa depan kerana ia memiliki sokongan yang kuat daripada pihak pengurusan dan warga kerjanya yang berdedikasi bagi memberi manfaat kepada pemegang taruh dan ahli koperasi yang lebih daripada 200,000 orang,” katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

 

Kosmo!: Boleh jelaskan me­ngenai perkembangan terkini Hotel Tenera?
Fadzly: Sejak pelancaran­nya, hotel kini sudah masuk tahun ke enam, perkembangan terbaharu kami adalah pelancaran wajah bufet Ramadan untuk tahun ini dengan menampilkan selebriti, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta.

Seperti tahun sebelum ini, kami masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di bazar Ramadan de­ngan terdapat lebih 40 gerai yang menyajikan pelbagai hidangan lazat untuk seisi keluarga berbuka puasa bersama atau majikan bersama kakitangan dan juga individu.

Terdapat lebih daripada 130 menu daripada pembuka selera hingga kepada pemanis mulut ditawarkan kepada pelanggan pada harga asal RM138 (Isnin hingga Khamis) dan RM158 (Jumaat hingga Ahad).

Berdasarkan usia hotel kini, apa perancangan untuk membuat pembaharuan atau penambahbaikan?
Sama seperti mana-mana hotel yang lain, kami akan me­lakukan proses penambahbaikan dan penyelenggaraan. Ini adalah satu amalan tetapi bagi hotel ini, meskipun sudah berusia enam tahun, kami sentiasa mengekalkan kebersihan, kekemasan.

Bagi peringkat pengurusan, kami optimis untuk me­nuju kepada perancangan lebih jauh dan bila tiba masanya yang sesuai, kami akan membuat pe­ngumuman. Sememangnya Hotel Tenera akan terus berkembang lebih jauh pada masa depan.

Bagaimana hotel melihat cabaran dalam persaingan dalam industri ini?
Semestinya memang ada persaingan tetapi pemilihan hotel bergantung kepada pelanggan yang mana mungkin ada ciri-ciri hotel ini yang memang disukai pelanggan dan kami ada pe­langgan tetap sejak tahun 2017 dan selepas pandemik, mereka tetap kembali ke hotel ini sehingga sekarang.

Lebih menarik, jumlah pertambahan pelanggan ini boleh dilihat pada bulan Ramadan yang mana kami akan menerima sambutan yang sangat baik setiap tahun.

Berapakah kadar penginapan pada masa sekarang?
Selari dengan kadar peratusan industri, kadar penginapan di hotel ini telah mencapai lebih daripada 60 peratus. Saya melihat, ada ruang pertambahan lagi pada masa depan.

Sehingga kini, adakah KPFMB masih menyuntik dana untuk menyokong pengoperasian hotel?
Tidak, sebab kami sudah menjadi sebuah syarikat yang boleh menjana pendapatan sendiri dan memberi pulangan yang baik kepada pemegang taruh yang mana ia terdiri daripada ahli- ahli koperasi.

Hotel ini sekarang boleh berdiri sendiri untuk memberi manfaat kepada pemegang taruh.

Bagaimana perasaannya me­mikul tanggungjawab dan amanah daripada pemegang taruh dan ahli koperasi yang seramai itu?
Bila sudah diberi tanggungjawab yang besar, pastinya kami perlu memegang amanah daripada ahli KPFMB yang terdiri daripada lebih 200,000 orang dan majoritinya terdiri daripada pe­neroka dan kakitangan Felda. Semestinya amanah itu kita perlu laksanakan dan kita tidak boleh ambil ringan.

Bagi pengurusan di Hotel Tenera, kami selalu bersikap optimistik yang mana selain berniaga kami juga bekerja dan mencari keberkatan.

Cuba ba­yangkan lebih daripada 200,000 pemegang taruh yang sentiasa mendoakan untuk kebaikan hotel ini dan kami mahu mendapatkan keberkatan tersebut.

Boleh jelaskan sedikit me­ngenai hotel ini dipilih sebagai hotel rasmi bagi penganjuran Hari Peneroka Kebangsaan bulan Julai ini di Maeps, Serdang?
Kita adalah sebahagian daripada komuniti Felda dan kami akan beri kerjasama kepada segala aktiviti bersempena Hari Peneroka Kebangsaan akan diadakan di Maeps. Kami berasa amat berbangga kerana diiktiraf untuk terlibat pada hari tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN