fbpx
Gambar hiasan.

Wujudkan lembaga kawal atur industri agar durian Malaysia terus ke hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Sebuah lembaga untuk menyelia dan mengawal atur industri durian di negara ini wajar diwujudkan bagi memastikan Malaysia terus di hadapan terutamanya dalam pengeluaran ‘Raja Buah’ berkualiti premium yang memiliki permintaan tinggi terutamanya di pasaran luar negara.

Timbalan Pengerusi Royal Pahang Durian Group (RPDG), Datuk Albert Chang Si Fock berkata, penawaran durian tempatan diasak sengit oleh pengeluar dari negara-negara jiran serantau yang memiliki kapasiti pengeluaran lebih tinggi.

Jelasnya, pada tahun 2021, Malaysia hanya menduduki tempat keempat dalam senarai negara pengeluar durian global dengan 450,000 tan di belakang Indonesia (1.52 juta tan), Thailand (1.35 juta tan) dan Vietnam (720,000 tan).

“Pada masa sama, durian dari Malaysia diterima baik sebagai variasi durian premium dan unggul.

“Data menunjukkan pertumbuhan eksport yang baik bagi durian Malaysia dalam bentuk sejuk beku ke China dari 2019 hingga 2021, yang mana pasaran durian China dianggarkan akan berkembang sehingga RM83.14 bilion menjelang tahun 2026, menurut Laporan Industri Pasaran Buah Segar China oleh China Insights Consultancy pada Julai 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi lawatan ke ladang durian serba moden RPDG seluas 404 hektar di Tras, dekat sini kelmarin.

Ladang berkenaan yang ditanam dengan pokok durian terutamanya varian musang king bermula tahun 2017 dijangka mengeluarkan hasil bermula tahun ini.

Sasaran pengeluarannya adalah sebanyak 50 tan untuk 2023 dan sekitar 200 tan pada tahun depan.

Albert menambah, pertumbuhan pasaran durian di China memerlukan bekalan berkualiti yang konsisten, prestasi kos rantaian bekalan yang optimum dan spesifikasi penarafan yang tetap.

“Indonesia merupakan pengeluar durian terbesar ketika ini tanpa protokol eksport serta capaian pasaran ke China dan seandainya mereka beroleh akses pasaran eksport dalam bentuk buah segar beserta versi Musang King mereka sendiri, persaingan pasaran akan menjadi lebih sengit. ” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN