fbpx

Banyak sampah industri di tapak sampah haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sze Han pada sidang akhbar selepas melancarkan seminar asrama pekerja hari ini.

KLANG – Pihak industri di Selangor diminta lebih peka terhadap kontraktor pembersihan dilantik mereka bagi mengelakkan isu pembuangan sampah di tapak sampah haram.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, ini merupakan masalah utama di seluruh Selangor ekoran sampah yang kerap ditemui adalah jenis industri dan pembinaan.

“Mereka (industri) hanya lantik kontraktor namun adakah kontraktor itu bertanggungjawab ke tapak pelupusan sampah telah dilesenkan seperti di Jeram, Kuala Selangor dan Tanjong 12, Kuala Langat.

“Ini merupakan cabaran besar. Jadi, kita berharap pihak terlibat memberi perhatian kepada sampah-sampah tersebut yang dihasilkan kilang-kilang di Selangor,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan seminar asrama pekerja, di sini hari ini.

Bagaimanapun, tiada data spesifik diberikan Sze Han mengenai jumlah sampah haram tersebut dan kontraktor dilantik melakukan perkara itu.

Sebelum ini, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerusi cerapan imej satelit mengesan 1,298 tapak pelupusan sampah haram di Selangor. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI