fbpx

Pekerja ‘retail’ sering diperlekeh, dipandang rendah pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sering dipandang rendah dan diperlekeh oleh pelanggan kerana memilih kerjaya dalam peruncitan atau ‘retail’ antara cabaran dan ujian dihadapi pekerja yang bekerja dalam bidang tersebut.

Menerusi perkongsian Twitter @sofearozaidi_, dia tidak terkecuali apabila sering dipandang rendah oleh pelanggan termasuk yang bertanyakan latar belakang pendidikannya.

“Hina ke kerja ‘retail’? Bulan ni dah lima pelanggan perlekeh, dia orang tanya kerja sambilan ke, tunggu keputusan universiti ke.

“Aku cakap saja kerja sepenuh masa, ‘saya dah lama habis universiti, dah tua dah’. Lepas itu kebanyakan akan cakap, ‘masuk universiti akhirnya kerja macam ni’. Apa maksud kerja macam ni?

“Peninglah masyarakat kita ni. Orang buat kerja halal tak kacau hidup dia pun dia perlekeh, lepas itu pandang rendah.
Dah kalau semua orang nak jadi doktor, siapa nak layan kau yang masuk kedai tak reti guna mata cari barang sendiri,” katanya meluahkan perasaan.

Dia turut mengingatkan pelanggan yang memandang rendah pekerja peruncitan sepertinya untuk berhati-hati dalam percakapan, lebih-lebih lagi mereka mempunyai anak kecil yang tidak diketahui no masa depannya.

“Tertekan tengah puasa jumpa orang macam ni. Anak sendiri pun kecil-kecil lagi. Kau tunggulah masa anak kau dah besar nanti susah nak dapat kerja, barang mahal apa semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi keseronokan bekerja dalam bidang peruncitan yang mana boleh membahagikan masa untuk aktiviti lain terutama waktu cuti dan habis bekerja.

“Balik rumah tak ada fikir masalah kerja. Kau boleh fokus layan Netflix, pergi konsert, nak cuti tahunan pun senang saja. Tak pernah kena ‘reject’.

“Syarikat aku kerja kalau kahwin pun bagi cuti tiga hari. Entahlah tak dapat lah ‘work life balance’, tapi aku okay saja dah rezeki aku di sini

“Bukannya aku tak pernah kerja pejabat gaji sampai RM5,000 pun pernah. Tapi tekanan kejap-kejap boss cari, kejap-kejap suruh masuk kerja waktu cuti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI