fbpx
Anthony Loke menghidangkan juadah berbuka puasa kepada pengamal media di restoran Serai Suria KLCC hari ini.

MOT anjur majlis iftar untuk pengamal media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kira-kira 75 pengamal media diraikan dalam Majlis Iftar Bersama Media anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) di ibu negara hari ini.

Majlis yang diadakan di restoran Serai Suria KLCC tersebut bermula pada pukul 6 petang dan berakhir kira-kira pukul 8 malam.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Timbalan Menteri, Datuk Hasbi Habibollah serta Ketua Setiausaha, Datuk M Jana Santhiran.

Anthony Loke pada majlis tersebut mengambil kesempatan meluangkan masa beramah mesra dengan pengamal media yang hadir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN