ROSLY menunjukkan perkongsian mengenai kucingnya yang memakan ubi kayu di Kampung Baru Sungai Menyala, Port Dickson semalam. –NOR AINNA HAMZAH

‘Saya tak kisah makan apa, asalkan kucing dapat lauk ayam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Seorang warga emas tidak menyangka perkongsian mengenai kucing peliharaannya yang diberi makan ubi kayu goreng di laman sosial ­disebabkan dia kehabisan sumber kewangan meraih perhatian luar biasa dalam kalangan netizen.

Rosly Omar, 67, berkata, susulan video tular tersebut, dia menerima banyak sumbangan makanan kucing, barang makanan harian serta kelengkapan dapur dan wang mencecah hampir RM2,000 yang dimasukkan terus ke akaun bank milik­nya.

Katanya, dia hanya mahu berkongsi kisah hidupnya kepada orang ramai lebih-lebih lagi dia kini tinggal berseorangan dengan ditemani lima ekor ku­cing yang ‘dikutip’ dari merata tempat termasuk di kawasan tong sampah sekitar tempat dia tinggal.

Menurutnya yang tinggal me­numpang teduh di rumah pemberian individu yang me­nemukannya selepas ditinggalkan oleh majikan di Lukut, dia kini memperoleh pendapatan daripada jualan barangan kitar semula yang dikutip di kawasan sekitar.

Katanya, selain itu dia turut bergantung kepada bantuan ­Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM800 sebulan.

“Kalau dapat RM50 sehari, RM20 saya akan guna untuk beli makanan kucing.

“Saya tidak kisah makan apa sahaja, asalkan ku­cing-kucing saya dapat makan. Kucing-ku­cing ini lebih suka makan ikan dan ayam.

“Cuma minggu lalu, saya tiada duit. Jadi, saya goreng ubi kayu untuk beri kucing-kucing tersebut makan. Saya menangis bila melihat haiwan tersebut makan,” katanya ketika ditemui di Kampung Baru Sungai Menyala, di sini semalam.

Katanya, tujuannya berbuat demikian hanya mahu berkongsi kisah hidup seperti pemilik akaun sosial lain.

“Ada dalam kalangan mereka yang ada kalanya tunjuk makan cekodok, kuih bengkang, jadi saya pun nak kongsi ubi kayu goreng saya,” katanya yang berasal dari Kedah.

“Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak pada siapa sahaja yang membantu tanpa ­mengira kaum,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN