fbpx
PENDUDUK kampung bergotong-royong mengalihkan batu-bata yang di bawa arus deras akibat banjir serta pokok yang tumbang di sekitar Kampung Kemidak dan Kampung Selai, Perkampungan Orang Asli, Bekok, Labis, Segamat.

Banjir: Kami belum terima apa-apa bantuan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Keadaan jalan raya utama menghubungkan dua kampung di Perkampungan Orang Asli, Bekok, di sini, mengalami kerosakan apabila pecah dihempap batu besar serta pokok tumbang akibat banjir sejak dua hari lalu.

Tinjauan mendapati jalan raya di perkampungan tersebut tidak dapat dilalui sebarang kenderaan apabila strukturnya hampir terbelah dua manakala dua kampung terputus hubungan setakat ini iaitu Kampung Selai dan Kampung Kemidak.

Menurut Murni Muda, 41, penduduk Kampung Kemidak telah terputus hubungan ke kampung sebelah (Kampung Selai) namun penduduk kampung bergotong-royong membersihkan jalan dan ia sudah boleh dilalui tetapi tidak sepenuhnya.

“Hingga hari ini, kami belum terima sebarang bantuan. Penduduk kampung tidak dapat keluar dapatkan bekalan harian seperti biasa sejak hujan lebat turun tiga hari lalu.

“Jalan musnah dan penuh dengan batu-bata gunung, pokok tumbang serta tanah lumpur akibat hujan lebat berterusan serta banjir. Penduduk kampung bergotong-royong bersihkan gunakan traktor kecil penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Murni berkata, banyak kebun-kebun milik penduduk Kampung Kemidak turut musnah ditenggelami banjir selain capaian internet dan talian telefon juga tiada.

Katanya, pada Januari lalu, ramai pelajar pulang dari sekolah terpaksa meredah banjir separas pinggang apabila kampung tersebut di landa banjir dan setiap kali banjir melanda, mereka terpaksa bertahan dengan keperluan harian yang ada.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN