fbpx

Bapa melecur, anak tidak sedarkan diri selepas rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBAKARAN memusnahkan bahagian ruang tamu rumah di Taman Suria, Jalan Kuala Kangsar, di Ipoh.- IHSAN JBPM

IPOH: Dua beranak terpaksa dikejarkan ke hospital selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di Taman Suria, Jalan Kuala Kangsar, di sini tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Mohd. Azman Husin berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.44 tengah malam.

Katanya, ketika bomba tiba di lokasi api sedang marak dan dimaklumkan rumah dua tingkat itu didiami enam sekeluarga.

“Lima mangsa telah keluar sendiri manakala seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dibawa keluar oleh anggota. Seorang lelaki berusia 44 tahun cedera pada kaki dan tangan selain melecur satu peratus pada bahu kiri.

“Anak perempuan mangsa pula tidak sedarkan diri dipercayai lemas akibat terhidu asap. Kedua-dua mereka segera dihantar ke hospital menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, isteri dan tiga anak mangsa yang turut berada di rumah ketika kebakaran itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kebakaran melibatkan bahagian ruang tamu rumah yang musnah terbakar kira-kira 35 peratus. Operasi yang tamat pada pukul 2.10 pagi dibantu BBP Meru Raya dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI