fbpx
Ada golongan ibu bapa terpaksa menggunakan wang Bantuan Awal Persekolahan untuk menukar tayar kenderaan yang rosak. – Gambar hiasan

Terpaksa pakai duit anak beli tayar kereta terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Ada dalam kalangan ibu bapa terpaksa menggunakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 yang diberikan secara one-off bermula 12 Januari lalu untuk membeli dua biji tayar terpakai selain barangan keperluan lain.

Rata-rata mereka mengakui ia digunakan bagi membeli barangan keperluan harian walaupun ia sepatutnya digunakan untuk kegunaan sekolah anak masing-masing.

Menurut Ahmad Abd. Rashid, 38, dia terpaksa menggunakan wang tersebut bagi menukar sepasang tayar keretanya.

“Hasrat awal memang untuk simpan duit itu tetapi keadaan tayar kereta yang teruk membuatkan saya terpaksa menggunakan wang BAP.

“Saya bekerja di Seri Iskandar, jadi jarak perjalanan nak ke ­tempat kerja dari Ipoh agak jauh iaitu sekitar 40 kilometer. Memang tayar kereta cepat haus,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Malah dia hanya mampu membeli dua biji tayar terpakai sahaja dengan nilai BAP yang la­yak untuknya.

Muhamad Razak Mohaideen, 36, pula berkata, ia terpaksa digunakannya memandangkan dia yang bekerja sebagai pembantu kedai makan hanya menerima gaji sekitar RM1,200 sebulan.

“Jadi, saya menggunakan wang itu bagi membeli barangan basah seperti ayam, ikan serta sayur-sayuran untuk kegunaan keluarga bulan lalu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN