fbpx
Adly (kiri) membuat kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan sempena hari beliau mula tugas sebagai Timbalan Menteri Pertahanan, petang ini

Adly mulakan tugas Timbalan Menteri Pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari secara rasmi memulakan tugasnya sebagai Timbalan Menteri Pertahanan, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah akan membantu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengemudi kementerian itu.

Adly yang tiba kira-kira pukul 3.10 petang di Dataran Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, di sini, disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd. Aziz.

Turut bersama menyambut beliau ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Adly kemudian menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan Utama daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Beliau seterusnya mengimbau cap jari perakam waktu sebelum melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Pertahanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN