fbpx

Permintaan pampasan hutan Pahang rasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy (empat dari kanan) menyampaikan penghargaan kepada pengetua SMK Kempadang pada Maljis Sambutan Hari Guru 2022 Peringkat Negeri Pahang di Maran hari ini.

MARAN – Permintaan supaya kerajaan pusat memberikan pampasan setimpal atas komitmen kerajaan negeri mengekalkan hutan simpan adalah rasional dan perlu disegerakan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Pahang menyumbang lebih 57 peratus daripada 3.6 juta hektar keluasan negeri sebagai rizab hutan simpan yang bukan hanya memberi manfaat kepada negeri ini tetapi negeri lain.

“Kerajaan pusat sepatutnya menghargai komitmen kerajaan negeri ini kerana ia dianggap kos melepas kepada kerajaan negeri yang sepatutnya dapat mengutip hasil daripada kawasan hutan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang Kali Ke-51 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah Maran, di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, perkara itu telah beberapa kali dibangkitkan dan pihaknya juga percaya ia tidak akan mendapat bantahan daripada mana-mana pihak kerana permintaan itu adalah munasabah dan rasional.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM1 bilion bagi memperkasakan sektor pendidikan di negeri ini termasuk mengumumkan peruntukkan RM10 juta bagi kad diskaun pelajar.

Katanya, melalui kad terbabit pelajar akan menikmati diskaun sehingga 20 peratus untuk pembelian keperluan pembelajaran termasuk buku, alat tulis dan keperluan lain.

“Selain itu, kerajaan negeri juga berhasrat untuk membantu pihak sekolah yang telah mengharumkan nama Pahang seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kempadang yang disenarai pendek 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.

“Pihak kerajaan akan membuat perjumpaan dengan pihak sekolah bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang diperlukan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI