fbpx
GAMBAR HIASAN

KPTM sedia beri kerjasama, seru orang ramai henti spekulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kolej Poly-Tech Mara Sdn Bhd (KPTMSB) sedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung insiden pelajar kolej yang ditemukan maut akibat 61 tikaman di Ketereh, Kelantan semalam.

Menerusi satu kenyataan KPTMSB berkata, ketika ini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut.

“Sehubungan itu, warga kampus dan orang ramai dimohon agar tidak menyebarkan maklumat atau spekulasi yang tidak sahih berkaitan insiden ini bagi menghormati privasi keluarga dan memastikan kelancaran siasatan.

“Maklumat lanjut berhubung perkembangan berkaitan insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi KPTMSB,”kata kenyataan itu.

Pada masa sama kata KPTMSB, pihaknya turut menyediakan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga mangsa bagi membantu mereka menghadapi saat-saat sukar itu.

“Semoga seluruh keluarga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,”kata kenyataan itu hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN