fbpx
Anggota polis membawa dua suspek lelaki selepas permohonan reman diluluskan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Salah seorang suspek kenal gadis maut ditikam 61 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Salah seorang suspek lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes gadis dibunuh dengan 61 tikaman di Kampung Simah, Ketereh di sini semalam dipercayai mengenali mangsa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, mangsa juga mengenali suspek dan hubungan mereka dikatakan hanya sebagai rakan.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti motif kejadian sehingga mangsa ditikam dan ditinggalkan di atas jalan raya sebelum ditemui penduduk.
“Penahanan empat suspek termasuk dua warga emas itu dijalankan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu. Jangan buat sebarang spekulasi mengenai motif kes ini.

“Mangsa hanya berkawan dengan salah seorang suspek yang berusia 19 tahun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, empat individu termasuk pasangan suami isteri warga emas direman bagi membantu siasatan berhubung kes seorang gadis berusia 19 tahun yang dibunuh sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini semalam.

Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid membenarkan dua lelaki berusia 19 tahun masing-masing menjalani tahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Jumaat depan.

Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun dan isterinya berusia 60 tahun pula diperintah menjalani tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Isnin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN