fbpx
Nik Zulkiflee Nik Yusof meninggal dunia ketika hendak menunaikan solat di Masjid Baharu Benta.

Guru meninggal dunia selepas pengsan di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Hasrat seorang guru untuk bercuti bersama keluarga mentua di Negeri Sembilan tidak kesampaian apabila meninggal dunia di  Benta di sini semalam.

Ketika kejadian itu, Nik Zulkiflee Nik Yusof berusia 48 tahun dalam perjalanan ke rumah mentuanya di Negeri Sembilan lalu singgah di Masjid Baharu Benta di sini untuk berehat dan solat sebelum tiba-tiba pengsan.

Mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Benta untuk menerima rawatan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.05 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan seorang mangsa lelaki pengsan di Masjid Baharu Benta.

“Mangsa  dibawa ke klinik kesihatan berdekatan oleh orang ramai yang berada di masjid itu untuk menerima rawatan.

“Ketika menerima rawatan, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas di klinik Kesihatan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN