fbpx
KEBANYAKAN kereta klon yang terdapat di Malaysia dijual pada harga murah iaitu sekitar RM5,000 hingga RM10,000 sebuah. – GAMBAR HIASAN

Notis saman bongkar aktiviti kereta klon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kereta klon sukar dikesan berikutan keadaan fizikalnya selain nombor pendaftaran adalah sama dengan kenderaan yang berdaftar di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Jabatan Siasatan Pe­nguatkuasaan Trafik Johor, Supe­rintendan M. Kumarasan berkata, untuk mengesan sesebuah kereta klon, semakan terperinci me­ngenai butiran rekod kendera­an perlu dilakukan dengan teliti.

Menurutnya, pada kebiasaannya, penggunaan kenderaan klon terbongkar apabila pemilik kereta sebenar membuat aduan kepada pihak berkuasa.

“Sebagai contoh, apabila notis saman sampai ke tangan pemilik kereta sebenar sedangkan mereka tidak melakukan kesalahan trafik tertentu, apabila disemak rupa-rupanya yang buat kesalahan itu adalah pemilik kereta klon.

“Sekiranya rekod nombor chasis atau nombor enjin tidak wujud dan tiada rekod hilang, kenderaan tersebut merupakan kereta skrap.

“Kebiasaannya kereta ini akan menggunakan nombor pendaftaran palsu yang mempunyai rekod jenis kenderaan yang sama didaftarkan di Malaysia,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Kumarasan berkata, sindiket turut akan menguruskan dokumen kenderaan seperti memalsukan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Menurutnya, polis Johor memandang serius dengan kewujudan sindiket menjual kereta klon selain akan membuat pemantauan dan siasatan terhadap dakwaan sindiket menjual kereta klon di laman sosial.

“Beli sahaja kenderaan mengikut kemampuan sendiri dan bukan mengikut nafsu, selain tindakan undang-undang akan diambil, pemilik kereta klon juga berdepan risiko tidak dilindungi insuran.

“Bayangkan sekiranya berlaku kemalangan dan lebih serius kematian, ia akan memberi kesan kepada pihak lain,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN