fbpx
Ahmad Fadhil (kanan) dan Mohamad Firdauz didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru kerana mengedar dadah seberat 5.3 kg di Forest City, Iskandar Puteri pada 6 Mac lalu.

Penguatkuasa, nelayan didakwa edar 5.3kg dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang anggota penguatkuasa dan rakannya yang juga seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat 5.3 kilogram, pada 6 Mac lalu.

Tertuduh, Ahmad Fadhil Ghazali, 34, dan Mohamad Firdauz Ishak, 29, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R. Salini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ahmad Fadhil dan Mohamad Firdauz didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 5,377.32 gram di Forest City, Iskandar Puteri pada pukul 9 malam, 6 Mac lalu.

Atas perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1980) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta disebat tidak kurang 15 sebatan.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 22 Mei ini untuk menunggu keputusan laporan kimia.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Abu Bakar Isa Rahmat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN