fbpx
Roslan (kiri) didakwa berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di Mahkamah Rendah Syariah Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

Jurusolek lelaki ‘Che Ros’ didakwa berpakaian tidur wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang jurusolek lelaki dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Terengganu di sini, hari ini atas pertuduhan berpakaian dan berkelakuan seperti wanita pada lima bulan lalu.

Tertuduh, Roslan Mohd. Yusof, 47, yang juga dikenali sebagai ‘Cik Ros’ membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mat Ropi Busu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa berpakaian dan berlagak seperti wanita dengan mengenakan pakaian tidur jantina terbabit di sebuah hotek dekat Jalan Sultan Ismail, di sini, pada pukul 2.25 pagi, 21 November 2025.

Roslan didakwa mengikut Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dan mahkamah membenarkan lelaki terbabit yang diwakili peguam syarie, Mohd Faqqhurudin Mohd. Nasir dan Siti Nur Adibah Pakurazzi dibebaskan dengan wang jaminan RM800 serta seorang penjamin.

Sebutan semula kes tertuduh pula ditetapkan 27 Julai depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN