fbpx
SYED Nazarudin (kiri) dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh selepas mengaku bersalah menerima suapan RM2,000, dua tahun lalu.

Mengaku ambil rasuah, penolong pegawai MBI didenda RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang penolong pegawai perancang bandar di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima suapan RM2,000, dua tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan selepas tertuduh, Syed Nazarudin Syed Mohamed Taib, 53, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mahkamah turut memerintahkan wang RM2,000 yang merupakan barang kes dikembalikan kepada pihak pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan penolong pegawai perancang bandar di Unit Penguatkuasaan Jabatan Perancang Bandar, MBI menerima wang daripada Chong Yin Mei.

Ia sebagai dorongan untuk melanjutkan tempoh pengosongan premis perniagaan lelaki itu yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 daripada dua bulan kepada setahun.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis di Lorong Kuala Kangsar, Taman Merdeka Ipoh pada pukul 5.30 petang, 22 Ogos 2024.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), G. Nanthini mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Syed Nazarudin yang tidak diwakili peguam membayar denda tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN