fbpx
SEORANG pekerja barisan hadapan dari Yayasan Persekitaran Kesihatan dan Tindakan Iklim (HECAF) menunjukkan timbunan beg poli dengan sisa perubatan Covid-19 pada 6 Disember 2021. - AFP

Pengurusan sisa perubatan Covid-19 membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran penjanaan puluhan ribu tan sisa perubatan akibat pandemik Covid-19 di seluruh dunia menimbulkan ancaman kepada manusia dan alam sekitar, lapor laman berita Wion News semalam.

Dokumen setebal 71 muka surat melaporkan 87,000 tan peralatan perlindungan diri (PPE) telah dipesan melalui portal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) antara Mac 2020 hingga November 2021.

Kebanyakan peralatan ini mungkin berakhir sebagai sisa, jelas WHO.

“Sisa tambahan itu mengancam kesihatan manusia dan menggesa keperluan bagi meningkatkan amalan pengurusan sisa yang baik,’’ kata agensi kesihatan PBB itu.

Turut dinyatakan bahawa perlumbaan untuk mendapatkan PPE telah membuatkan negara-negara hilang fokus terhadap pelupusan sisa perubatan dengan selamat dan mampan.

WHO tidak mengesyorkan penggunaan sarung tangan untuk suntikan vaksin namun ia kini dilihat menjadi amalan biasa.

Dalam pada itu, kira-kira 140 juta kit ujian kendiri Covid-19 berpotensi menjana 2,600 tan plastik sampah dan sisa kimia yang mencukupi untuk mengisi satu pertiga daripada kolam renang Olimpik.

Dianggarkan kira-kira lapan billion dos vaksin di peringkat global telah menghasilkan 144,000 tan sisa tambahan dalam bentuk botol kaca, picagari, jarum dan peti keselamatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN